Baca Puisi - Bukti Perpaduan - 5 Jun 2009
Penyair terus bersemangat jayakan majlis meskipun dilanda 'musibah' pada saat akhir
MALAM Baca Puisi Pena membuktikan perpaduan kukuh di kalangan warga penyair negara ini dalam usaha mereka memasyarakatkan genre terbabit apabila ketiadaan hos pada saat akhir seperti dirancang, tidak menjejaskan persembahan program.
Tindakan pantas Dr Ahmad Razali dan Shamsudin Othman menjadi moderator bidan terjun menyelamatkan program terbabit daripada dibatalkan dan keuzuran rpmbongan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pimpinan Dr Rosli Sahudin tidak memberi kesan.
Ramai penyair sedia menawar bakti untuk beraksi di pentas puisi yang menampilkan tetamu undangan khas iaitu Sahrunizam Abd Talib, Marjan S, Daeng Ramliakil dan anak Sasterawan Negara (SN), Allahyarham (Dr) Arena Wati, Hasanuddin.
Penyair kelahiran Pahang, Daeng Ramliakil, menggegarkan gelanggang dengan puisinya, Seloka Haji Mufti bin Muhammad Duniawi, Kawanku Penyewa Hotel 7 Bintang Neraka Wil, bernada sinis mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Pembelaan terhadap bahasa dan bangsa Melayu diteruskan penyair cilik, Syed Mohamad Idris yang juga anak Daeng Ramliakil ketika membaca, Gurindam Islam Kini karyanya ayahnya dan tidak kurang sinis apabila menyindir manusia berdosa dan lupa diri kepada kekuasaan Ilahi.
Tak ramai berani bijaksana pilih akal
jadi penentang penjajah kini,
nyata syaitan
dan jin berlembaga manusia.
Muslimin kini tak dihormati tak dicontohi
berlambak, bertimbun bercabang lidah lagi keji.
Mukmin dunia ini sudah letih, sudah lesu
asyik-asyik jin dan iblis yang berdosa bernoda kaya raya.
Persembahan beremosi, Ketua Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Mohamad Daud Mohamad, lewat Nyanyian Dari Diri juga protes terhadap PPSMI yang dilihat meminggirkan anak Melayu secara di luar sedar dalam jangka panjang mendapat simpati khalayak.
Dengan sejuta alasan lidah tak berlapik
Menyuarakan PPSMI itu
Demi masa depan anak bangsa
Sedangkan dia sengaja
Membelakangkan perlembagaan negara
Deklamator wanita, Zainab Talib, mencuri perhatian khalayak dan menggoyahkan hati lelaki dengan suara manjanya lewat puisi romantisnya, Maafkanku yang menyindir penganiayaan Adam terhadap Hawa kerana terlalu murah hati dalam memberi maaf.
Wahai insan ....
Maafkanlah aku ....
Kerana hatiku penuh kemaafan
Biarpun seribu aniaya terhadapku
Namun sejuta kemaafan tetap kuhulurkan
Maafkanlah aku.
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (E-Dagang), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Amran Ibrahim Rashidi, turut dikenali sebagai D’Rimba dan semakin aktif di gelanggang puisi tampil dengan puisi Percakapan Kepada Yang Setia karya penyair mapan, Shamsudin Othman.
Merdeka dan Ogosku yang setia
Mari kita tabur dan siramkan tanah warisan ini
Dengan sumpah berharum mawar.
Johan Pertandingan Puisi Kemerdekaan 2008 , Nik Mustakim Nik Musa yang juga pelajar Diploma Pentadbiran Perniagaan International Islamic Colleague (IIC) turut memeriahkan majlis dengan puisi karya Jariah aji Taha, Di Bawah Bumbung Langit-Mu
Di bawah bumbung langit-Mu tempat kita berteduh
Telah tertuang ke bumi
Kini menjadi kolam tempat kita mencuci luka lalu
Hingga tidak tersisa pun segaris kepedihannya.
~admin
PUISI, syair dan gurindam sejak dari dulu memang dekat di hati masyarakat walau di mana juga tanpa mengira batas kaum mahupun sempadan negara. Karya-karya seni itu menjadi saluran dan nadi kepada para karyawan dalam usaha untuk menyuarakan isi hati mereka kepada umum. Malah, golongan ini juga sanggup memerah minda bagi menjadikan karya-karya nukilan mereka sebagai sebahagian daripada luahan yang mewakili isi hati masyarakat. Pelbagai tema yang dititip daripada rencah-rencah kehidupan semasa telah diangkat menerusi bait-bait kata yang penuh puitis tetapi sarat dengan mesej yang tersirat. Pendekatan itulah yang telah diserapkan pada program bulanan Baca Puisi di Rumah Persatuan Penulis Nasional (Pena) di
Kedinginan malam pada malam itu seakan-akan dihangatkan dengan deklamasi puisi kalangan ahli Pena yang begitu peka dengan perkembangan semasa. Pelbagai jenis puisi dan gurindam telah dipersembahkan, tetapi yang menjadi topik popular pada program itu ialah tentang perjalanan di negara
Program yang sepatutnya diacarakan oleh Dr. Ibrahim Ghaffar pada malam itu menampilkan ramai penyair daripada kalangan orang lama dan generasi baru. Walaupun beliau sedikit kelewatan pada malam tersebut disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan, namun majlis tersebut masih hangat diteruskan dengan diambil alih oleh Dr. Razali Yusof dan En. Shamsudin Othman.Menariknya program itu memperlihatkan kreativiti dan inovasi para penyair dengan
Topik yang berkisar tentang virus Influenza A (H1N1) terus menjadi pilihan para pemuisi, antaranya menerusi kemunculan Khalid Salleh yang mendeklamasikan puisinya yang berjudul Babi dan Kebabian. Khalid menggunakan pendekatannya menggunakan subjek 'babi' sebagai metaforanya untuk menggambarkan tentang keadaan yang melanda dunia dan sikap manusia.
1 comments:
terima kasih PENA dan BHarian
Post a Comment